Skip to main content
Advertisement

Sukan Air

Akuatik Malaysia sedia bantuan kewangan buat atlet, pegawai sukan Kategori B

qkaua.jpg

Sekilas

  • Akuatik Malaysia (MAS) akan menyediakan bantuan kewangan kepada 82 atlet dan pegawai sukan Kategori B yang akan mewakili negara di Sukan SEA Thailand 2025.
  • Bantuan ini merangkumi subsidi 50% bagi kos penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Bangkok serta pembiayaan penuh perbelanjaan lain untuk atlet terlibat.
  • Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha MAS menyokong pembangunan atlet dan persediaan strategik negara menjelang penganjuran Sukan SEA 2027 di Malaysia.

Akuatik Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan akan menyediakan bantuan kewangan kepada seramai 82 atlet dan pegawai sukan Kategori B yang membawa nama negara dalam temasya Sukan SEA Thailand 2025 nanti.

Presiden Akuatik Malaysia (MAS), Dato’ Seri Shahidan Kassim, berharap usaha itu dapat menyokong atlet negara selain langkah strategik negara menuju penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027 nanti.

Malah, langkah itu juga bagi mengiktiraf komitmen dan sumbangan berterusan mereka kepada sukan negara, dengan memberikan subsidi 50% bagi kos penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Bangkok kepada atlet dan membiayai 100% daripada aspek perbelanjaan.

"MAS komited untuk menyokong perjalanan atlet kami ketika mereka bersedia untuk bersaing di peringkat serantau. 

"Sukan SEA bertujuan sebagai platform penting bagi pembanggunan atlet, pembinaan semula pasukan dan kesediaan strategik ketika Malaysia dalam menuju ke arah penganjuran Sukan SEA 2027 nanti." katanya.

Untuk rekod, Kategori B mewakili atlet yang layak secara merit ke temasya dwi-tahunan itu.

Produk

[ HP Battle - 2packs ] - ME03 Perfect Order Last 3Cards Total HP

[ HP Battle - 2packs ] - ME03 Perfect Order Last 3Cards Total HP

Hoka Speedgoat 7 Wide (2E) | Men's | Bay Leaf / Sea Glass

Hoka Speedgoat 7 Wide (2E) | Men's | Bay Leaf / Sea Glass

Nike Sportswear Club T-Shirt - White

Nike Sportswear Club T-Shirt - White

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Nike Club T-Shirt - Grey

Nike Club T-Shirt - Grey

Nike Sportswear Club T-Shirt - Blue

Nike Sportswear Club T-Shirt - Blue

Related Topics

Must Watch