Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Azri Ghani curi tumpuan, joget ala-ala Emi Martinez

azri.jpg
Negeri Sembilan lolos ke suku akhir Piala FA apabila menang secara agregat ke atas PDRM dalam aksi yang berlangsung semalam.

PDRM berjaya melakar kemenangan dalam aksi timbal balik namun kelebihan secara agregat 5-1 menyaksikan Negeri Sembilan ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan tersebut, PDRM yang sudah mendahului satu jaringan menerusi Fakhrul Azim seawal minit keempat, berpeluang untuk menggandakan jaringan apabila diberikan sepakan penalti. 

Ahmad Nawaf Abdel-Aziz Israiwah cuba melakukan Panenka, namun ia gagal disempurnakan apabila percubaannya melepasi palang gol menyaksikan Azri berjoget meraikannya.




Skuad kendalian Nidzam Jamil mara ke suku akhir untuk menantikan cabaran sama ada Selangor ataupun Malaysia Universiti (MUFT).

Related Topics

Must Watch Video

Perlawanan Akan Datang