Skip to main content
Advertisement

Sukan

Kidslympic: Pertandingan bola sepak, bola tampar tarikan hari pertama grand finale

kidslympic.jpg
Kejohanan Bola Sepak dan Bola Tampar Kidslympic 2025 mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung yang rata-ratanya teruja menjejakkan kaki buat kali pertama di hadapan bangunan ikonik, Menara 118.

Lebih istimewa, Kidslympic Grand Finale di Stadium Merdeka pada tahun ini turut diselaraskan bersama sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025, secara tidak langsung menjadikan acara ini simbol kepada gaya hidup aktif dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan menyajikan kategori kanak-kanak seawal 11 tahun, edisi grand finale ini menjangkakan jumlah penglibatan yang mampu mencecah hingga 7,000 peserta dari seluruh negara. 

"Ini kali pertama saya sebagai ibu bapa menyertai Kidslympic. 

"Dua orang anak saya memang aktif bermain bola tampar di sebuah kelab di Bangi," kata ibu peserta, Mazlinda Mulop. 

Bapa kepada peserta, Nor Asyraf Mohd Jamal, pula berkata kejohanan ini medan perkembangan kepada atlet cilik. 




"Kejohanan ini bagus menerusi pendedahan dari peringkat akar umbi dan peserta berpeluang bersaing di serata tempat," katanya. 

Tambah anaknya yang merupakan peserta bola tampar, Hana Arissa Nor Asyraf, seronok dengan kesempatan bersaing di samping peserta daripada pelbagai sekolah. 

"Saya dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi," katanya. 

 

Related Topics

Must Watch Video